PERHATIAAN Untuk makluman adalah dijelaskan bahwa Pesuruhjaya Sumpah tidak diberi kuasa untuk mengakui sahkan mana mana dokumen, menurut bidang kuasa Pesuruhjaya Sumpah iaitu Kaedah 11 (bagi Peguambela dan Peguamcaraa dan Kaedah 12 (bagi orang Awam atau Persendirian).Walaubagaimanapun, PESURUHJAYA SUMPAH ADALAH DIBENARKAN MENERIMA AKAUN BERKANUN YANG DITANDATANGANI SENDIRI OLEH PEMILIK DOKUMEN yang mengakui bahawa salinan dokumen tersebut adalah benar daro dokumen asal. -Petikan dari Pekeliling bertarikh 13hb Jun 2005 dari Mahkamah Persekutuan Malaysia-
Posts
Showing posts from October, 2015
- Get link
- X
- Other Apps
Panduan SOP : Pusaka Kecil Takrif Harta Pusaka Kecil Tafsiran yang diberikan dibawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009). Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. Ia dianggap sebagai pusaka besar dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan tersebut tidak boleh dipakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya bertentangan dengan syarat dan peraturan pewasiatan dalam Islam. Cara Membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dal